Isnin, 2 Julai 2012
AKHIRNYA SAMBUNG BELAJAR JUGA AKU..
Wow berbahagi perasaan aku sekarang ni...Antara suka dan duka....Aku suka bab pas ni dah tak ada orang nak kacau hidup aku dah..Dan yang dukanya sebab memikirkan masa depan aku semasa melanjutkan pelajaran kelak..Iyaala mcm aku nak survive pas ni,aku dah la tak kerja... Macammnapun aku mesti berpegang teguh pada prinsip...Rezeki ada dimana2 kan?So buat apa aku nak pening kepala...Ayuh lah Lokman buktikan pada org lain yang ko juga boleh berjaya...Aku takkan mudah menyerah kalah dan tidak pernah menyesal dengan pilihan aku ini...Hidup mesti diteruskan...
Ahad, 24 Jun 2012
BERAKHIRNYA PERJUANGAN MY FAVAROUTE TEAM DI EURO 2012
Memang sekarang ni banyak manusia tengah demam...Tengah demam EURO 2012 la katakan..Aku juga tak terlepas daripada terjangkit dengan virus ni..Setiap malam aku mesti lepak dengan member2 aku kat restoran mamak Maulana sampai la jam 5.00 pagi...Sampai kerja pun entah kemana...EURO 2012 pon semakin hampir ke penghujungnya....Hari ni dah berakhir quarter final antara pasukan pilihan aku ENGLAND...Tetapi yang membuatkan aku bertambah demam bila pasukan ENGLAND tersingkir pada peringkat ini...Memang tak ada nasib la katakan...Kalah pun pada penetuan penalti...Macamna pun semangat kesukanan harus diteruskan.. .Lepas ni aku nak sokong pasukan PORTUGAL plak walaupun aku menyampah betul dengan Cristiano Ronaldo....Bukan aku jelous dengan dia tapi dia ni suka sangat mencari populariti..Messi pun lagi hebat dari dia tapi tak pun nak menunjuk-nunjuk...Harap lepas ni jangan la Portugal kalah plak..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.....
BILA LA NAK BERUBAH....
Aish apa la nak jadi dengan aku ni....Nak duit banyak tapi malas nak kerja...Takkan nak tuggu duit jatuh dari langit kot....Hari ini aku memang malas tahap kritikal punya....Haiyaaa orang lain pon tengok bola juga tapi tak la sampai nak ponteng kerja macam aku ni...Aku pon tak tau la apa nak jadi dengan aku ni..Confirm la aku dah tak leh masuk kerja dah lepas ni...Duit pon semakin hari semakin nipis...Apa nak jadi dengan ko ni ar Lokman!!!Habis la aku...Aku nak kerja apa plak lepas ni...Nak kerja jauh2 lesen motor tak da...Nanti kena saman kena la keluar duit lagi... Mulai besok aku pagi2 lagi akan cari kerja...Aku tahu kerja takkan datang kalo kita yang tak cari..Nasib aku juga tidak akan berubah kalo aku tak cuba nak berubah diri aku ni...''sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri''...(al-Ra'd 13:11)...
BILA AKU JATUH CINTA....
Fuh apsl aku ni hari2 ingat kat budak pempuan tu..Aku ni dah gila ka apa meminati seorang perempuan yg tak pernah aku tegur atau bercakap dengannya cuma kadang2 aku selalu pandang dari jauh je...Apa la perasaan ni?Walaupon aku dah tak kerja kat AEON lagi dan budak perempuan tu pon dah tak kerja kat sana juga bab melanjutkan pelajaran...tapi hati dan perasaan aku ni masih ingatkan kat perempuan tu...Ish3 tak pernah aku berasa perasaan sebegini seumur hidup aku...Nak kata sebab perubahan hormon aku dah pon masuk 20 tahun....Aneh betul la..Aku masa belasan tahun dulu pon tak la sampai tahap ni.....Entahlah apa yg kena dgn perasaan ni...Apabila dia datang dekat dgn aku.....aku berasa jantungku berdegup kencang dan aku jadi tak tentu arah seperti cacing kepanasan...Aku nak tackle dulu pon aku fikir member aku juga....Iyala dah BF dia abg kepada mmber aku takkan aku nak potong line org lain plak...Aku tak la kejam sampai tahap tu...Tapi bila aku dpt tahu yg diorang dah putus...aku baru nak msk adjust, tapi dia dah berhenti kerja plak....Nak kata fizikal dia sexy ,aku rasa tak....Entah la apa kena dgn aku ni....Sampai aku dah tak berkenan dgn perempuan2 lain sampai la hari ni..Dan pernah satu hari sampai aku termimpikan si dia... Aku mimpi yg dia bercakap dgn aku...Masa tu dia tanya aku ''ko orang kedah ka?''...Aku pon dgn serius menggangguk..Dan pas je aku sedar dari mimpi aku tersenyum sorang2...Ish3 dah gila bayang plak aku ni...Aku tak taw samada membiarkan masa utk menentukan segalanya atau aku cuba untuk menarik perhatian si dia..''Sesungguhnya jodoh dan pertemuan ditangan tuhan''...Tapi kalo kita tak berusaha camna aku jodoh tu nak datang kat aku...Lagipon aku ni bukannya Justin Bieber ka Brad pitt atau golongan kerabat diraja...Mereka tu tak pa la ada wang dan pekej yang lengkep...Aku ni sapa la....MAN JADDA WAJADA..''sesiapa yang berusaha pasti berjaya''...Tapi takkan la aku nak korbankan cita2 aku cuma kerana seorang perempuan..Perempuan yang tak pernah sembang dgn aku dan aku rasa dia pon takkan pandangnya org mcm aku...Iyala dia kan org terpelajar..Tapi aku ni pon bukannya bodoh sangat pon..SPM Ppon boleh tahan...Cuma malas je nak continue...Iyalaa tak nak stress la katakan...Ayuh la la LOKMAN kerjarlah cita2 kau dulu!!! Pas tu baru fikir pasal nak bercinta ka,nak kawin ka...Orang pempuan zaman sekarang ni tak pandangnya org2 lelaki yang masa depannya tak tentu arah sebab kau akan menjadi ketua keluarga nanti..Lagipun bunga bukannya sekuntum...So just prepare for your own future LOKMAN....JoDOH takkan kemana punya kalo betul2 dia tu jodoh aku....Biar masa yang menentukan...
Sabtu, 23 Jun 2012
DIARI SEORANG LELAKI...
Bermulah diari hidupku yang kini dituliskan didalam blog....Mengikut peredaran zaman la katakan..Fuh mmg letih ar ari ni krja kat domino pizza...Tapi aku gagahkan diri juga sbb nak belajar dari kesilapan...Dah mmg aku silap pon krja kat AEON senang2 wat perangai..Erm kan dah kena buang...Apa la guna belajar SPM pndai2 tapi mls nak smbung belajar...Nak enjoy punya pasal la katakan...Ni dah masuk umur 20 tahun dah ni...Takkan aku nak tuggu lagi 10 thn baru kalut nak ambil diploma..Masa tu pensyarah pun dah baya aku...Tapi setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya..Kalo attitude aku ni tak berubah pon tak guna juga aku smbung belajar..Confirm tak smpai sebulan dah kena pelbagai tindakan disiplin...SO aku nak ubah dulu attitude aku aku ni INSYALLAH tahun ni atau tahun depan aku akan continue study...Takkan nak duk bwh org smpai tua...dan aku tak akan muda selama lamanya...Aku pon akan kawin and then jadi bapa dan semua tu mesti memerlukan duit yang banyak...Takkan nanti aku nak tengok bini dan anak2 aku hidup susah..Aku pon xpernah hidup susah dari kecik...Cuma semenjak aku dah tak stay dgn faMily aku ni je baru aku tahu erti kesusahan..Aku pon nak pakai kenderaan yang ada bumbung juga...Motor tu pon harap bapa aku bagi zaman aku sekolah dulu...So aku akan kuatkan diri dan akan menjadikan cita2 aku menjadi realiti...Tapi sebelum itu hidup mesti diteruskan.....Zaman Muda hanya seketika SO KITA ENJOY DULU...HAHAHAHA...
Langgan:
Catatan (Atom)




